Jumat, 03 Desember 2010

Cara Menanam Tomat


Tomato ialah satu jenis sayur-sayuran buah yang kaya dengan vitamin
A & C

Jenis
Terdapat banyak jenis tomato dari luar dan dalam negeri.

Menyemai
Biji benih disemai selama 3-4 minggu sebelum diubah. Tanah biasa
atau gambut boleh digunakan untuk menyemai biji benih. Keadaan tanah
hendaklah halus dan ditambah baja NPK ( 12: 12 : 17: 2). Gaulkan
benij dengan racun kulat (Thiram) sebelum disemai. Jarak menyemai 5
cm x 0.5 cm dalam. Sembur racun kulat dan serangga tiap-tiap minggu.
kadar benih 300 g/ ha

Mengubah
Anak semaian sedia diubah bila menpunyai 4-5 helai daun atau pada
minggu keempat. Siram dengan air sebelum dipindah ke ladang. Siram
dan beri lindungan selepas mengubah.

Keadaan Tanah
Tomato perlukan tanah yang kaya dengan bahan organan dan pengaliran
air yang baik. Tanah yang masam hendaklah ditabur kapur magnesium
sebanyak 3- 5 tan /ha.

Membuat batas
Batas-batas dibuat setinggi 20-30 cm, lebar 1.2m panjang sesuka
hati.

Menaman
Anak semaian ditanam dengan jarak 60 cm antara pokok dan 60 cm
antara barisan.

Penyokong pokok
Satu cara menyokong pokok tomato adalah seperti ditunjukkan pada
gambarajah di sebelah.

Membaja
Untuk tanah gambut kadar membaja dengan NPK (12 : 12: 17 : 2) adalah
seperti berikut :

Peringkat pertumbuhan Kadar sepokok
Minggu kedua 31g
Minggu keempat 31g
Minggu Kelapan 31g

Baja ditabur di sekeliling pokok.

Memangkas
Dua batang utama dibiar tumbuh dan berbuah. Memangkas dimulakan
selepas pengeluaran bunga

Sungkupan
Ia mengurangkan kehilangan air dari tanah, mengawal kenaikan suhu
tanah dan kawal pertumbuhan rumpai.
Bahan sungupan adalah seperti lalang kering, pelepah kelapa sawit
dan lain-lain.

Mengawal Rumpai
Dibuat dari semasa ke samasa untuk mengurangkan persaingan unsur
makanan dan cahaya matahari.

MEMUNGUT HASIL Buah boleh dipetik dalam masa 12-15 minggu dari menyemai. Petik buak
yang matang, sebelum buahnya menjadi masak atau kuning.
Hasil boleh dipungut tiap-tial tiga hari sekali. Anggaran hasil 16
000 kg/ ha.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar